Friday, April 2, 2010

MEREKA CIPTA KATA HIKMAH

Pada 27hb Febuari 2010, Jawatankuasa Kesedaran Alam Sekitar telah mengadakan sesi mereka cipta peringkat kelas menggunakan bahan terpakai dan terbuang untuk mencipta papan kata-kata hikmah. Aktiviti ini dijalankan di kelas Tahun 5 dimana segala persediaan bahan disediakan oleh pelajar kelas tersebut. Aktiviti di bahagi kepada beberapa kumpulan di mana setiap kumpulan di kehendaki membawa barang yang telah ditetapkan seperti surat khabar, kotak, botol plastik dan kapas. Selain itu, alatan keperluan seperti gunting, gam dan bakul telah disediakan oleh guru mereka, Pn. Helena. Aktiviti dimulakan dengan pembahagian kata-kata hikmah dan beberapa cadangan diutarakan sebelum aktiviti bermula. Pn. Helena memulakan aktiviti dengan membahagi pelajar kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan telah diberikan tugasan.








Aktiviti ini berakhir dengan jayanya dimana segala hasil reka cipta telah di tampal di dalam kelas Tahun 5.