Ucapan selamat kepada insan yang membaca blog kami..
Entry kami pada kali ini adalah untuk berkongsi salah satu aktiviti dimana REDUCE (pengurangan) adalah temah utama.. Di dalam aktiviti ini kami fokus kepada dua aspek iaitu: tenaga elektrik dan bekalan air.. antara langkah-langkah yang di ambil adalah taklimat 5 minit sewaktu perhimpunan tentang cara-cara menjimatkan elektrik dan air..
Selain itu, Jawatankuasa Kesedaran Alam Sekitar juga telah mencadangkan beberapa cara untuk sentiasa mengingatkan pelajar, contohnya; menampal arahan di setiap suis elektrik sebagai peringatan manakala menulis arahan di tangki-tangki air sekolah.. berikut merupakan antara gambar yang telah diambil sepanjang aktiviti dijalankan..
pic 1 & 2: guru dan staf sokongan bersama-sama menjayakan program.
Pada 27hb Febuari 2010, Jawatankuasa Kesedaran Alam Sekitar telah mengadakan sesi mereka cipta peringkat kelas menggunakan bahan terpakai dan terbuang untuk mencipta papan kata-kata hikmah. Aktiviti ini dijalankan di kelas Tahun 5 dimana segala persediaan bahan disediakan oleh pelajar kelas tersebut. Aktiviti di bahagi kepada beberapa kumpulan di mana setiap kumpulan di kehendaki membawa barang yang telah ditetapkan seperti surat khabar, kotak, botol plastik dan kapas. Selain itu, alatan keperluan seperti gunting, gam dan bakul telah disediakan oleh guru mereka, Pn. Helena. Aktiviti dimulakan dengan pembahagian kata-kata hikmah dan beberapa cadangan diutarakan sebelum aktiviti bermula. Pn. Helena memulakan aktiviti dengan membahagi pelajar kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan telah diberikan tugasan.
Aktiviti ini berakhir dengan jayanya dimana segala hasil reka cipta telah di tampal di dalam kelas Tahun 5.
ØContohnya: pelajar membawa kontena persendirian ke sekolah untuk membeli makanan. Ini akan mengurangkan penggunaan plastik di kantin sekolah.
Mengurangkan pemanduan berkenderaan.
ØContohnya: pelajar digalakkan berjalan kaki ke sekolah, bukan sahaja mampu menyelamatkan alam sekitar malah baik untuk kesihatan pelajar. Bersenam. Pelajar jauh, digalakkan supaya berkongsi kenderaan atau menaiki basikal.
Mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.
ØContohnya: pihak sekolah menggunakan alat dan perkakas yang kurang menggunakan tenaga elektrik. Mengaplikasi tenaga solar bagi mengurangkan tenaga elektrik.
REUSE
·Penggunaan semula pakaian.
ØPakaian terpakai atau tidak muat janganlah dibuang. Pelajar digalakkan mengumpul pakaian mereka untuk dijual semula atau didermakan kepada orang lain. Pakaian lama boleh juga dijadikan kain buruk dan kain lap.
·Penggunaan semula kertas atau botol minuman.
ØKertas yang telah digunakan bolehlah dijadikan sebagai kertas kira-kira atau sebagainya. Botol minuman bolehlah diguna semula sebagai bekas bekalan untuk mengisi air.
RENEW
Pembaharuan bahan mencipta alatan baru
ØPelajar menggunakan bahan terpakai seperti tin minuman atau kotak untuk mencipta alat baru seperti bekas simpanan alat tulis.
RECYCLE
·Kitar semula bahan terpakai
ØMenerapkan pengetahuan bahawa bahan-bahan seperti kertas, batang aiskrim, plastik dan botol minuman boleh dikitar semula. Contohnya: pelajar disarankan untuk mengumpul bahan-bahan di atas dan dihantar ke kilang kitar semula.
RETHINK
·Sayangi Bumi Kita dan Sayangi Sekolah Kita
·Persoalan yang harus kita fikirkan:
ØPerlukah saya menggunakan palstik untuk membeli sebatang pensil?
ØDi mana harus saya membuang sampah?
ØBolehkah saya mengguna semula bahan ini?
ØJika saya membuang sampah di longkang, apa yang akan terjadi?
Objektif: ~ untuk memberi kesedaran kepada pelajar kepentingan alam sekitar dalam kehidupan harian. ~ untuk menyampaikan ilmu yang mampu digunakan oleh pelajar untuk memelihara dan memupuk alam sekitar. ~ mengadakan aktiviti yang mampu menarik minat pelajar untuk lebih mencintai alam sekitar dan sekolah. ~ Mengaplikasikan segala ilmu yang diajar ke dalam aktiviti harian.
Aktiviti 2009 ~ Gotong Royong ~ Penanaman Semula Pokok Bunga ~ Pembinaan Semula Taman Orkid
Aktiviti 2010 ~ 3c : Clean, Comfort and Conducive (PIBG) ~ Lawatan Sambil Belajar (Peringkat Sekolah) - Rain Forest Sandakan - Sepilok - Jabatan Perhutanan - War Memorial Park ~ Penghasilan rangka kata-kata hikmah (Peringkat Kelas) ~ Lukisan Mural (Guru dan Pelajar)
Notes:maklumat aktiviti yang akan dikemaskinikan berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan
merupakan salah satu jawatankuasa di SK HOLY CROSS sempena program SERASI. SERASI @ dikenali sebagai Sekolah Rakan Alam Sekitar merupakan program khas bagi peringkat sekolah anjuran negeri Sabah.