5R (Reduce, Reuse, Recycle, Renew and Rethink)
REDUCE
- Mengurangkan sampah sarap.
Ø Contohnya: pelajar membawa kontena persendirian ke sekolah untuk membeli makanan. Ini akan mengurangkan penggunaan plastik di kantin sekolah.
- Mengurangkan pemanduan berkenderaan.
Ø Contohnya: pelajar digalakkan berjalan kaki ke sekolah, bukan sahaja mampu menyelamatkan alam sekitar malah baik untuk kesihatan pelajar. Bersenam. Pelajar jauh, digalakkan supaya berkongsi kenderaan atau menaiki basikal.
- Mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.
Ø Contohnya: pihak sekolah menggunakan alat dan perkakas yang kurang menggunakan tenaga elektrik. Mengaplikasi tenaga solar bagi mengurangkan tenaga elektrik.
REUSE
· Penggunaan semula pakaian.
Ø Pakaian terpakai atau tidak muat janganlah dibuang. Pelajar digalakkan mengumpul pakaian mereka untuk dijual semula atau didermakan kepada orang lain. Pakaian lama boleh juga dijadikan kain buruk dan kain lap.
· Penggunaan semula kertas atau botol minuman.
Ø Kertas yang telah digunakan bolehlah dijadikan sebagai kertas kira-kira atau sebagainya. Botol minuman bolehlah diguna semula sebagai bekas bekalan untuk mengisi air.
RENEW
- Pembaharuan bahan mencipta alatan baru
Ø Pelajar menggunakan bahan terpakai seperti tin minuman atau kotak untuk mencipta alat baru seperti bekas simpanan alat tulis.
RECYCLE
· Kitar semula bahan terpakai
Ø Menerapkan pengetahuan bahawa bahan-bahan seperti kertas, batang aiskrim, plastik dan botol minuman boleh dikitar semula. Contohnya: pelajar disarankan untuk mengumpul bahan-bahan di atas dan dihantar ke kilang kitar semula.
RETHINK
· Sayangi Bumi Kita dan Sayangi Sekolah Kita
· Persoalan yang harus kita fikirkan:
Ø Perlukah saya menggunakan palstik untuk membeli sebatang pensil?
Ø Di mana harus saya membuang sampah?
Ø Bolehkah saya mengguna semula bahan ini?
Ø Jika saya membuang sampah di longkang, apa yang akan terjadi?
Jawatankuasa Kesedaran Alam Sekitar 2010
good point help me a lot
ReplyDeleteGreat it's really helps me to do my homeworks
ReplyDelete😊
Deletetq :)
ReplyDeletehelps me alot
ReplyDelete