Friday, March 26, 2010

5R

5R (Reduce, Reuse, Recycle, Renew and Rethink)

REDUCE

  • Mengurangkan sampah sarap.

Ø Contohnya: pelajar membawa kontena persendirian ke sekolah untuk membeli makanan. Ini akan mengurangkan penggunaan plastik di kantin sekolah.

  • Mengurangkan pemanduan berkenderaan.

Ø Contohnya: pelajar digalakkan berjalan kaki ke sekolah, bukan sahaja mampu menyelamatkan alam sekitar malah baik untuk kesihatan pelajar. Bersenam. Pelajar jauh, digalakkan supaya berkongsi kenderaan atau menaiki basikal.

  • Mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.

Ø Contohnya: pihak sekolah menggunakan alat dan perkakas yang kurang menggunakan tenaga elektrik. Mengaplikasi tenaga solar bagi mengurangkan tenaga elektrik.

REUSE

· Penggunaan semula pakaian.

Ø Pakaian terpakai atau tidak muat janganlah dibuang. Pelajar digalakkan mengumpul pakaian mereka untuk dijual semula atau didermakan kepada orang lain. Pakaian lama boleh juga dijadikan kain buruk dan kain lap.

· Penggunaan semula kertas atau botol minuman.

Ø Kertas yang telah digunakan bolehlah dijadikan sebagai kertas kira-kira atau sebagainya. Botol minuman bolehlah diguna semula sebagai bekas bekalan untuk mengisi air.

RENEW

  • Pembaharuan bahan mencipta alatan baru

Ø Pelajar menggunakan bahan terpakai seperti tin minuman atau kotak untuk mencipta alat baru seperti bekas simpanan alat tulis.

RECYCLE

· Kitar semula bahan terpakai

Ø Menerapkan pengetahuan bahawa bahan-bahan seperti kertas, batang aiskrim, plastik dan botol minuman boleh dikitar semula. Contohnya: pelajar disarankan untuk mengumpul bahan-bahan di atas dan dihantar ke kilang kitar semula.

RETHINK

· Sayangi Bumi Kita dan Sayangi Sekolah Kita

· Persoalan yang harus kita fikirkan:

Ø Perlukah saya menggunakan palstik untuk membeli sebatang pensil?

Ø Di mana harus saya membuang sampah?

Ø Bolehkah saya mengguna semula bahan ini?

Ø Jika saya membuang sampah di longkang, apa yang akan terjadi?

Jawatankuasa Kesedaran Alam Sekitar 2010

OBJEKTIF & AKTIVITI

Kesedaran Alam Sekitar Sk Holy Cross

Objektif:
~ untuk memberi kesedaran kepada pelajar kepentingan alam sekitar dalam kehidupan
harian.
~ untuk menyampaikan ilmu yang mampu digunakan oleh pelajar untuk memelihara dan
memupuk alam sekitar.
~ mengadakan aktiviti yang mampu menarik minat pelajar untuk lebih mencintai alam
sekitar dan sekolah.
~ Mengaplikasikan segala ilmu yang diajar ke dalam aktiviti harian.

Aktiviti 2009
~ Gotong Royong
~ Penanaman Semula Pokok Bunga
~ Pembinaan Semula Taman Orkid

Aktiviti 2010
~ 3c : Clean, Comfort and Conducive (PIBG)
~ Lawatan Sambil Belajar (Peringkat Sekolah)
- Rain Forest Sandakan
- Sepilok
- Jabatan Perhutanan
- War Memorial Park
~ Penghasilan rangka kata-kata hikmah (Peringkat Kelas)
~ Lukisan Mural (Guru dan Pelajar)

Notes: maklumat aktiviti yang akan dikemaskinikan berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan

AHLI JAWATANKUASA 2010

NAMA KUMPULAN : ‘Nature Lovers’


PENASIHAT

Pn. Cecilia Lawrence


PENGERUSI

Pn. Helena Pain


SETIAUSAHA

Cik Maisarah A. Malik


BENDAHARI

Pn. Lisa Jumin


AHLI

En. John Johnny

En. Johan Lumansing

En. Jaing Baloi

Pn. Lisa Jumin

Pn. Junainah Pisin

Cik Musalina Peter

Pn. Rozana Kadir

Kelvin Joseph

Erica Vanessa

Bridget Duminac

Vendra Maitel

Olivia John

Jayter Peter

Juliyanti Elvis

Joeviar Johnny

Dafnee Ku